Selasa, Mei 14

BOLEH CALL SAYA : 013-9990089 PUAN. SU

Khamis, Mac 14

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MAKKAH

1) KAABAH(BAITULLAH)

2)TEMPAT KELAHIRAN RASULULLAH SAW

3) GUA HIRA'

4) GUA THUR

5) PADANG ARAFAH

6) RUMAH UMMUL MUKMININ KHADIJAH

7) PERKAMPUNGAN BANI HASYIM

8) PERKUBURAN MA'ALAH

9) MINA

10) DARUL ARQAM

KEISTIMEWAAN DAN KEUTAMAAN KOTA SUCI MEKAH

1) Kota paling mulia dan Dicintai  ALLAH kerana di situlah ALLAH menempatkan ka'abah yang menjadi kiblat sekalian umat Islam

2) Kota kecintaan Rasulullah, baginda dilahirkan, dibesarkan dan diangkat menjadi Nabi disana.

3) Jaminan keamanan untuk penduduk Makkah

Lawatan ke Ladang Unta

Tahukah anda,  unta adalah haiwan yang tidak mempunyai hempedu......., boleh tahan berbulan2 tanpa makan dan minum......., Hebat ciptaan ALLAH SAW,  ketahuilah unta boleh pulang ke tempat asalnya tanpa kompas.....,

Raudhah

Kumpulan ketiga diiringi oleh Puan. Suriati

Di dalam Masjid Nabawi ada sebuah tempat yang dinamakan Raudah yang menempatkan kubur Rasullah SAW dan dua sahabatnya Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar bin Khattab Radiallahu anhuma. Di dalam masjid inilah Rasulullah SAW banyak menyampaikan risalah Islam, mengatur kehidupan umat Islam dalam segala aspek. Tempat yang sangat bersejarah dan antara tempat doa paling mustajab.
Moga doa dimakbulkan,  amin......

JABAL RAHMAH - BAS 2 ( USTAZ SIDEK)

Sebahagian dri ahli kumpulan.....,

UMRAH FEBRUARI - MAC 2013

Peserta termuda bagi sesi 2013

NAMA   : MUHAMMAD DANIYAL RAYYAN BIN FAZLI
UMUR   : 7 BULAN
NEGERI : BERA, PAHANG.

UMRAH FEBRUARI - MAC 2013

Peserta termuda bagi sesi 2013

NAMA   : MUHAMMAD DANIYAL RAYYAN BIN FAZLI
UMUR   : 7 BULAN
NEGERI : BERA, PAHANG.

Rabu, Mac 13

BISMILLAH........,

Assalamualaikum , kpd rakan2 . Sesiapa yang mengenali Imam / Ustaz Naim bin Salleh dr Kepayang, Bera. beliau telah pun kembali kerahmahtullah jam 12 tengahari pd 2.3.2013 di mekah.pada 2.3.12 jam 3am, beliau mengalami masalah kurang air dlm badan....bila di bawa ke hospital di masukkan air. doktor yang merawat mengatakan keadaan beliau stabil.Kuasa ALLAH siapa yang tahu, ALLAH mengambilnya di bumi yang penuh rahmat... wajah jenazahnya bersih dan tersenyum... mungkin dia melihat sesuatu yang indah yang dijanjikan ALLAH sebelum nyawanya diambil....ALLAHUAKBAR....semoga roh beliau ditempatkan di syurgamu ya ALLAH.

Umrah FEBRUARI 2013

Jemaah daerah BERA seramai 88 0rang berkumpul di KLIA.
Penerbangan MAS AIRLINES.......
20 Feb - 03 Mac 2013

Kembara Insaniah Di Bumi Anbia'

Seribu kemaafan atas kesilapan....., salam 2013....... Insyaallah, selepas ini blog kami akan sentiasa dikemaskini.

Jumaat, Januari 20

Manfaat doa bagi umat manusia amat banyak,antaranya :
• Mendatangkan keredhaan Allah SWT
• Menghilangkan kesediahan dan kemuraman hati
• Mendatangkan kegembiraan dan ketenteraman hati
• Menguatakan hati dan badan
• Membuat hati dan wajah berseri-seri
• Melapangkan rezeki
• Menimbulkan perasaan bahawa diriny diawasi sehingga mendorongnya untuk selalu berbuat kebajikan
• Mendekatkan diri kepada Allah SWT
• Selalu ingat kepada Allah SWT
• Membersihkan hati dari karatnya
• Menghapus kesalahan dan menghilangkannya

TEMPAT-TEMPAT MUDAH DIMAKBULKAN DOA:

• Tempat tawaf
• Di sisi Multazam pada tengah malam
• Bawah pancuran emas
• Di dalam kaabah
• Sisi telaga zamzam ketika tenggelam matahari
• Belakang Maqam Ibrahim a.s.
• Di atas bukit safa
• Di atas bukit Marwah
• Tempat sa’i
• Di Arafah
• Di Muzdalifah
• Di Mina
• Sisi Al-Jamrah Al-Ula
• Sisi Al- Jamrah Wusto
• Sisi Al- Jamrah AL-Aqabah

Rabu, April 6

KEMBARA TAUBAT DI BUMI ANBIA'

EDISI 5/2011

Khamis, Februari 17

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH 2011

Assalamualaikum..
Peluang untuk para pendidik yang mungkin sukar untuk mendapatkan cuti bagi mengerjakan ibadah umrah.Juga buat mereka yang ingin membawa anak-anak di musim cuti persekolahan ini untuk mengenal Allah & RasulNya dengan lebih dekat lagi..Harga yang berpatutan & tarikh yang fleksibel.Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut :-

Selasa, Januari 11

Upah Haji 1432H / 2011M

Salam Ma'al Hijrah & Selamat datang tahun 2011.Tahun baru,permulaan baru,hijrah baru ke arah yang lebih baik dari hari ini.Usia juga makin bertambah.Justeru itu,bersamalah kita mengingati KEMATIAN kerana itulah sebaik-baik panduan & peringatan agar kita tidak tersasar dari landasanNya.Namun, yang pergi tetap harus diingat & yang LEBIH PENTING, kita yang masih hidup tidak lupa untuk TUNAIKAN HAK MEREKA. Ingatlah bahawa setiap dari kita akan disoal di akhirat kelak terhadap apa yang kita kerjakan hari ini baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.Wallahua'lam..

Kembara Ibadah ke Tanah Suci 2011

Rabu, Oktober 20

Tempat-tempat Mustajab Doa bagi Jemaah Haji & Umrah

Berikut adalah sedikit ilmu untuk dikongsi bersama berkaitan tempat mustajab doa & amalan sunat yang berkaitan dengan solat.Petikan dari "ILuvIslam".

Selasa, Julai 13

Sumbangan untuk Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1431H di KEMBOJA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hari ini kita telahpun memasuki bulan Sya'aban dan tidak lama lagi Ramadhan bakal menjengah.Syukur kepadaNya,kita masih dapat mengecap pelbagai nikmat kurniaanNya namun masih ada lagi insan yang hidup dalam serba kekurangan seperti mana masyarakat Islam di Kemboja.

Kehidupan dhaif yang dilalui masyarakat Islam di Kemboja harus dihayati oleh penduduk Malaysia khususnya.Jika kita pada hari ini hidup dengan penuh kenikmatan,bayangkanlah nasib saudara kita di sana yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mendapat keperluan asas yang secukupnya.

Apalah salahnya jika kita menghulurkan bantuan untuk mereka berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ini,sedang Allah menjanjikan ganjaran yang besar buat kita.Betapa mulia amalan ini di sisi Allah dan sepatutnya kita sebagai umat Islam merebut peluang tersebut.

Jika pihak tuan/puan berminat untuk menderma,sila hubungi kami di talian 09-2506880 atau 013-9990089 selewat-lewatnya seminggu sebelum Ramadhan.

Terima kasih.Semoga diberkati Allah.

Isnin, Julai 12

Aqiqah dan Korban di Kemboja

Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang berhasrat melaksanakan ibadah Aqiqah dan Korban pada tahun ini,pihak kami sangat mengalu-alukannya.Ibadah ini akan disempurnakan di Kemboja dan peserta akan diberikan sijil sebagai bukti penyertaan.Berikut adalah keterangan mengenai ibadah ini:

Umrah & Ziarah Mesir 2010

Assalamualaikum..


Penuhilah masa anda dengan menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mesir.Kawasan berkembangnya syiar Islam yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi serta para Sahabat.Bersama kita meningkatkan penghayatan terhadap Islam dengan menyaksikan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah s.w.t ini.Sebarang maklumat,hubungi kami di talian 09-2506880..

Insyaallah,kami akan membantu anda.


Sabtu, Julai 10

Umrah Ramadhan & Syawal Harmony 2010

Assalamualaikum..


Sempena bulan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma,kami menawarkan pakej Umrah Ramadhan & Syawal khas buat anda.Bersamalah kita meningkatkan ibadah di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Sabtu, Januari 16

Upah Haji 2009

Syukur Alhamdulillah,para jemaah haji telah selamat menyempurnakan ibadah haji dan upah haji.Berikut adalah senarai nama upah haji bagi tahun 2009:





Contoh Sijil Upah Haji

Berikut adalah contoh sijil upah haji bagi jemaah yang telah selesai mengerjakan upah haji 2009