Jumaat, Januari 20

Manfaat doa bagi umat manusia amat banyak,antaranya :
• Mendatangkan keredhaan Allah SWT
• Menghilangkan kesediahan dan kemuraman hati
• Mendatangkan kegembiraan dan ketenteraman hati
• Menguatakan hati dan badan
• Membuat hati dan wajah berseri-seri
• Melapangkan rezeki
• Menimbulkan perasaan bahawa diriny diawasi sehingga mendorongnya untuk selalu berbuat kebajikan
• Mendekatkan diri kepada Allah SWT
• Selalu ingat kepada Allah SWT
• Membersihkan hati dari karatnya
• Menghapus kesalahan dan menghilangkannya

TEMPAT-TEMPAT MUDAH DIMAKBULKAN DOA:

• Tempat tawaf
• Di sisi Multazam pada tengah malam
• Bawah pancuran emas
• Di dalam kaabah
• Sisi telaga zamzam ketika tenggelam matahari
• Belakang Maqam Ibrahim a.s.
• Di atas bukit safa
• Di atas bukit Marwah
• Tempat sa’i
• Di Arafah
• Di Muzdalifah
• Di Mina
• Sisi Al-Jamrah Al-Ula
• Sisi Al- Jamrah Wusto
• Sisi Al- Jamrah AL-Aqabah