Selasa, Julai 13

Sumbangan untuk Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 1431H di KEMBOJA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hari ini kita telahpun memasuki bulan Sya'aban dan tidak lama lagi Ramadhan bakal menjengah.Syukur kepadaNya,kita masih dapat mengecap pelbagai nikmat kurniaanNya namun masih ada lagi insan yang hidup dalam serba kekurangan seperti mana masyarakat Islam di Kemboja.

Kehidupan dhaif yang dilalui masyarakat Islam di Kemboja harus dihayati oleh penduduk Malaysia khususnya.Jika kita pada hari ini hidup dengan penuh kenikmatan,bayangkanlah nasib saudara kita di sana yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mendapat keperluan asas yang secukupnya.

Apalah salahnya jika kita menghulurkan bantuan untuk mereka berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ini,sedang Allah menjanjikan ganjaran yang besar buat kita.Betapa mulia amalan ini di sisi Allah dan sepatutnya kita sebagai umat Islam merebut peluang tersebut.

Jika pihak tuan/puan berminat untuk menderma,sila hubungi kami di talian 09-2506880 atau 013-9990089 selewat-lewatnya seminggu sebelum Ramadhan.

Terima kasih.Semoga diberkati Allah.